Negeri Kedah mempunyai taman tema
airnya sendiri apabila pemaju hartanah tempatan iaitu Darulaman
Realty Sdn Bhd (DRSB) membangunkan Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman sini .
Taman
Tema Tasik Bandar Darul Aman yang terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan
Bandar Darul Aman dan bersebelahan Darul Aman Golf Resort sangat terkenal
di kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan bersiar-siar.
Di
antara tarikan pengunjung ke sini ialah air pancut setinggi 96 meter yang
dikategorikan sebagai yang ketiga tertinggi di Asia.Pengunjung juga boleh
menikmati permainan-permainan air seperti basikal air, kayak dan menaiki sampan
dengan kadar RM4 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.
Bagi
penggemar aktiviti memancing, kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk pancingan
selama empat jam dan RM5 untuk dua jam. Ikan-ikan yang terdapat di tasik ini
adalah seperti ikan pacu, lampam jawa, tilapia, patin dan keli.
Di sini
juga disediakan buggy jeep yang boleh disewa dengan kadar RM10 bagi pengunjung
bersiar-siar mengelilingi tasik bersama keluarga.